SALING MELENGKAPI
Suka? Sayang? Cinta? Semua itu aku pernah rasa..
Namun pabila aku bersama kamu, aku tidak mampu mengungkapi
apa sebenarnya yang ku rasa..
Lain.. Benar aku rasa lain.. Namun apakah namanya perasaan
di dadaku ini?
Tidak dapat aku gambarkan
dengan lukisan.. Tidak dapat aku coretkan dengan kata-kata..
Setiap detik waktu yang berputar, begitu perlahan untuk
berlalu..
Setiap papan tanda di sepanjang jalan hidupku, menuju ke
arah kamu..
Lain.. Benar aku rasa lain.. Masih aku tidak dapat menemui
nama untuk perasaan ini..
Aku khayal dengan dirimu..
Suaramu bagaikan
melodi dan irama cinta..
Sentuhan jari jemarimu bagaikan sutera dari Negara China..
Lirikan matamu
bagaikan panahan si pari-pari dari kayangan..
Ya! Memang aku mabuk kepayang! Aku mengaku kerana itu yang
aku rasa!
Kerana kamu! Bijak dirimu mengatur langkah dalam rompakan
tanpa senjata untuk mencuri hatiku..
Namun tiada pernah ada kesal pada kehilangannya.. Malah aku
ingin meraikan kejayaanmu itu..
Lain.. Benar aku rasa lain.. ini bukan sekadar suka, sayang,
cinta..
Mungkin inilah yang dinamakan SALING MELENGKAPI..
for SOMEONE~
No comments:
Post a Comment